3 Jun 2011

SEJARAH AWAL IPA DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pengenalan

Institut Perkhidmatan Awam (IPA), merupakan sebuah agensi latihan awam kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyediakan latihan dan konsultansi, merekabentuk dan menyampaikan kursus jangka pendek, mengemaskini dan mengimplementasi program-program latihan yang diperlukan oleh warga perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam.

Sejarah Ringkas

  • Idea penubuhan institut telah dilahirkan dalam tahun 1962 sebagai satu hasil laporan penyelidikan yang disediakan oleh ST Divers, Konsultan Pentadbiran Awam Serantau dari Pertubuhan BAngsa-Bangsa Bersatu.
  • Yang Berhormat Dato Setia Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohd. Taib [kini dikenali dengan nama Pehin Orang Kaya Setia (Dr.) Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohd. Taib] telah dilantik menjadi Establishment Officer pada pertengahan 1975.
  • Seperti yang dicadangkan dalam laporan tersebut, seorang Pegawai Pentadbir iaitu Awang Haji Jaya bin Abdul Latif [kini dikenali dengan nama Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Awang Haji Jaya bin Abdul Latif] telah dilantik menjadi Pegawai Latihan yang pertama.
  • Pada 1 Januari 1977, Unit Latihan dengan rasminya ditubuhkan yang diletakkan di bawah Jabatan Perjawatan (kini dinamakan Jabatan Perkhidmatan Awam).
  • Pada Mei 1993, Unit Latihan telah dinaiktaraf menjadi Institut Perkhidmatan Awam.
  • Pada   tahun 1995, program-program latihan telah menumpukan pengkhususannya kepada bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Sejak tahun 1999, Institut Perkhidmatan Awam telah ditetapkan beroperasi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri and skop perkhidmatan dan aktiviti-aktivitinya telah dikembangluaskan meliputi latihan Teknologi Info-telekomunikasi dan juga keperluan perkhidmatan swasta di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan